Saturday 31 March 2012

Lagu Sekolah

Di bumi subur nan hijau
Engkau berdiri megah
Namamu indah terbina
Itulah SK Abaka

Lambang kemegahannya
Murid berbilang bangsa
Disiplin terus dijaga
Menjunjung Rukun Negara

Pada guruku semua
Jasamu tidak dilupa
Tulus bakti sucimu
Demi nusa dan bangsa

Maju terus maju
Dibawah lindungan Tuhan
Namamu terus dijulang
SK Abaka cemelang

Ikrar Sekolah

Bahawasanya kami
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Abaka
Berikrar
Akan mematuhi segala peraturan sekolah
Dan berjanji
Untuk menjadi
Insan yang Berilmu, Beriman dan Bertaqwa

Kami juga berjanji
Akan menghormati orang setiap masa
Serta menjaga nama baik sekolah
Dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN



Sejarah Sekolah



    Sekolah Kebangsaan Abaka adalah sekolah yang berada di kawasan luar bandar. Tahun demi tahun, sekolah telah cuba sedaya upaya untuk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah yang lain. Daripada sebuah bangunan peninggalan Jepun yang merupakan pejabat pentadbiran Jepun, kini telah berjaya ditukar wajah menjadi sebuah sekolah yang dapat memberikan pendidikan kepda anak bangsa yang tercinta.

    Abca Primary School, itulah nama asal yang diberikan kepada sekolah ini yang kemudiannya telah ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Abaca dan kini Sekolah Kebangsaan Abaka. Nama sekolah ini berasal daripada sejenis pokok pisang iaitu Pokok Lanut atau dalam bahasa Inggerisnye "ABAKA". Ianya adalah merupakan hasil utama estet ini yang diusahakan oleh BAL Estate Sdn Bhd suatu masa dahulu.

    Sekolah Kebangsaan Abaka ini dahulunya bernaung di bawah Syarikat BAL Estate tetapi sekarang ini di ambil alih oleh Golden Hope Plantation bermula 1997. Sijil pendaftaran sekolah ini E102/ED/EFA2360 dan dikeluarkan pada 22 Julai 1960 dan beroperasi pada 19 April 1960 secara sah dengan jumlah murid seramai 212 orang. Pada ketika itu, hanya darjah 1,2 dan 3 sahaja yang dibuka. Darjah 4 dan 5 dibuka pada Mei 1960 dan jumlah murid yang berdaftar adalah seramai 343 dan jumlah itu kekal sepanjang tahun 1960.

    Tujuan asal penubuhan sekolah ini selain untuk memberikan pendidikan adalah untuk memastikan pekerja di ladang ini dapat bertahan lama bekerja di ladang kerana kemudahan yang di sediakan.